Tuesday, 26 November 2013

Cara Semulajadi Awet Muda

Pokok durian belanda banyak ditanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan Bahama. Buah sukulen ini boleh dimakan mentah atau dibuat jus. Rasanya yang masam manis menjadikan durian belanda buah atau jus yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca tropika yang panas di negara kita.




Satu kelebihan buah durian belanda dari segi pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi. Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gram serat. Ini bersamaan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, anda boleh memasukkan durian belanda dalam senarai bahan keperluan apabila anda membeli-belah. Satu cawan durian belanda membekalkan lebih 600 mg kalium, iaitu zat galian yang mengimbangkan kenaikan tekanan darah disebabkan natrium. Kalium juga membantu mencegah kekejangan otot, dan kerana itu ia juga baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Hidangan secawan durian belanda membekalkan separuh (50%) daripada pengambilan vitamin C yang disyorkan untuk orang dewasa. Pengambilan vitamin C secukupnya dalam diet membantu pengeluaran kolagen kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah durian belanda adalah cara semula jadi untuk awet muda.

Idea untuk jus – Isi durian belanda + buah belimbing + pear Cina

Sumber:pa ma

0 comments:

Follow Me