Saturday, 7 December 2013

Resepi Ikan Singgang

Resepi untuk yang sedang berpantang dan lepas bersalin. Nak dijadikan menu masakan tengahari pun boleh. Lauk ni favorite saya dan anak-anak. Sangat mudah dimasak dan sedap. 

  
BAHAN-BAHAN:-
~ 2 keping isi ikan tenggiri
~ 3 biji bawang merah
~ 2 ulas bawang putih
~ 1 inci kunyit hidup
~ 1 inci halia
~ 3 cawan air asam jawa
~ Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:-
11. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia sehingga lumat
22. Masukkan bahan yang sudah ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama air asam jawa
33. Masak sehingga mendidih
44. Selepas kuah mendidih, masukkan ikan dan kacau
55. Biarkan seketika sehingga ikan masak
66. Sedia untuk dihidangkan

pic credit to google


0 comments:

Follow Me