Sunday, 8 December 2013

Vitamin untuk ibu hamil



Menikmati saat-saat indah di awal kehamilan pastinya begitu membahagiakan sekali. Terutama bagi wanita yang hamil buat pertama kali. Dalam trimester pertama (3 bulan terawal) merupakan perkembangan yang penting dan perlu dijaga dengan baik. Justeru itu, pemeriksaan kesihatan dan pengambilan makanan perlu diambil kira supaya janin membesar dengan sihat dan baik.
Ibu perlukan makanan yang sihat dan seimbang. Ibu juga perlukan vitamin atau makanan tambahan untuk melengkapkan nutrien yang kurang di dalam badan. Berikut vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil.

KALSIUM
Wanita hamil memerlukan 1000-1200 miligram(mg) kalsium sehari untuk membina tulang dan gigi, jantung yang sihat, otot dan saraf janin.
Sumber makanan yang mengandungi kalsium adalah produk tenusu dan susu. Elakkan pengambilan produk tenusu yang tidak dipasturkan kerana ia mungkin mengandungi bacteria dan boleh membahayakan janin.
Atau ambil kalsium dalam bentuk tablet….. Boleh ambil Ostematrix. Ia bukan sekadar kalsium.

ZAT BESI
Wanita hamil memerlukan 27mg zat besi sehari untuk pembentukan hemoglobin (sel darah merah) dan perkembangan uri.
Sumber boleh diperolehi dari ikan, daging, ayam dan daging tanpa lemak. Atau dari kekacang, sayur-sayuran dan bijian. Elakkan pengambilan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang tinggi dan mengundang bahaya pada janin. Begitu juga dengan ikan tuna kerana mengandungi merkuri yang tinggi.
Boleh ambil Vitalea. Terdapat 28 vitamin dan mineral yang lengkap di dalamnya.

ASID FOLIK & VITAMIN B
Wanita hamil memerlukan 600 mikrogram asid folik sehari untuk mengurangkan kecacatan bayi seperti spina bifida dan kecacatan lain seperti sumbing dan masalah pada hati.
Sumber boleh ditemui pada sayuran hijau seperti kubis, kekacang dan brokoli. Buah oren dan pisang juga mengandungi asid folik.

Vitamin B juga mengurangkan risiko kecacatan janin dan penyakit hati sejak lahir, membantu perkembangan otak dan system saraf dan boleh melegakan loya.
Vitamin B yang diperlukan termasuklah B1(thiamine), B2 (riboflavin), B6 (pyridoxine) dan B12 (cobalamin).
Sumber boleh dijumpai pada roti, bijirin dan kekacang……Boleh ambil B COMPLEX. Ia mengandungi 8 vitamin B termasuk asid folik di dalamnya.

PROTEIN
Wanita hamil memerlukan 70 gram protein setiap hari untuk perkembangan tubuh janin.
Cuba ambil kekacang, daging tanpa lemak, ikan, daging, telur, susu dan produk tenusu.
Atau ambillah ESP (Energizing Soy Protein).

Sumber:catatan kehamilan mingguan wanita



Nak tahu lanjut mengenai vitamin kehamilan boleh hubungi Dilla.

Jom JANA PENDAPATAN bersama Shaklee. Ada 3'C yang boleh anda perolehi iaitu CASH, CAR BONUS & CONVENTION


Berminat hubungi:
DILLA Sms/Whatsup 019-7270181
Shaklee ID 892145 
dan LIKE PAGE Danish Mama Shoppe
 

0 comments:

Follow Me