Wednesday, 31 December 2014

SOHO

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Hari ini 31 Disember 2014, Hari terakhir 2014. Apa yang berlaku suka duka pada 2014 jadikan ia pengalaman dan pelajaran agar menjadi lebih baik pada tahun 2015. Banyak juga azam dan impian 2014 belum tercapai, InsyaAllah Dilla akan teruskan pada tahun 2015 nanti. Semoga 2015 Dilla lebih bersemangat dan berjaya dunia akhirat.

Okeylah berbalik kepada tajuk.....SOHO adalah singkatan daripada perkataan Small Office Home Office / Single Office Home Office. Golongan wanita adalah kumpulan yang paling ramai memiliki SOHO. Ini kerana mereka bekerja dari rumah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga terutama yang memiliki anak kecil. Mereka tidak hanya duduk romah goyang kaki semata-mata, tetapi mereka memiliki pendapatan sendiri dari bekerja dari rumah, samada online ataupun offline.

Kebiasaannya SOHO perlu ada meja & kerusi, tempat penyimpanan barang/produk dan juga rak buku bacaan. Dilla masih belum ada SOHO sebegitu tetapi dalam perancangan nak memiliki SOHO tersendiri. Ini antara rekaan SOHO yang menjadi idaman Dilla. Semoga tahun 2015 ni Dilla ada SOHO tersebut. InsyaAllah



hanya single 





berdua bersama My Love

atau yang ni


berdua juga


Korang ada SOHO tak? Macam mana design SOHO tu?

Mama QD
019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Tuesday, 30 December 2014

Makna warna air kencing

Jom kenali warna air kencing anda. Bunyi macam kotor tapi ini penting untuk tahu tahap kesihatan kita. Jangan ambil mudah perkara ini. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Paling utama, minum air secukupnya setiap hari.


 
Mama QD
019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Monday, 29 December 2014

MINI GIVEAWAY #1 MAMA QD

DIBATALKAN....HARAP MAAF


Alhamdulillah Dilla ada buat MINI GIVEAWAY #1 di Page KECANTIKAN TERINDAH






Mini GA #1 ini bermula dari 22/11/14 sehingga 31/12/14. Cara-cara nak join seperti berikut:


2) Komen di post Mini Giveaway #1  "DONE"

3) Share di wall dan invite kawan-kawan join Mini GA ini

Pemenang akan diumukan pada 4/1/15

SELAMAT MAJU JAYA

TERIMA KASIH

Monday, 22 December 2014

Ia tak lama

Bila gagal sememangnya akan kecewa, 
Pastikan ia tidak lama...Just Move On -Irfan Khairi


 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Friday, 19 December 2014

Saya Pilih ....

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Saya pilih .....

 

Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.
 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Thursday, 18 December 2014

Rezeki Allah itu luas

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah...sentiasalah ucap Alhamdulillah dan Bersyukur dengan rezeki yang kita ada dan kita dapat. Allah akan tambah lagi rezeki jika kita bersyukur

 

Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Wednesday, 17 December 2014

6 Punca Jeragat ada di muka

Jika ada Jeragat pasti membimbangkan dan mengganggu penampilan diriJeragat adalah perubahan warna kulit gelap dikawasan kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari seperti muka. Jeragat biasanya terjadi kepada lelaki dan wanita yang mempunyai kulit kuning langsat dan sawo matang. Namun ada juga jenis kulit berminyak mempunyai jeragat. Mari kita lihat punca jeragat yang ada di kulit terutama muka.



6 Punca Jeragat

1. Kerap terdedah kepada cahaya matahari...Tak menggunakan pelindung UV di wajah

2. Penggunaan pil perancang

3. Hormon yang tidak stabil

4. Kekurangan nutrien dalam badan akibat dari peningkatan usia. Tidak mengambil makanan seimbang

5. Faktor keturunan

6. Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit.


Walaubagaimanapun, masalah jeragat ini boleh diatasi. Yang penting pada diri individu itu mahu merawat atau tidak. Berikut saya kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan Jeragat.

1. Pemakanan yang seimbang
Setiap hari perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan agar dapat membekalkan nutrien yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Pengambilan protein juga penting. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2. Penjagaan kulit wajah
Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selepas itu jangan lupa memakai toner dan pelembab agar dapat melindungi kulit dari sinar UV. Pilih produk kecantikan yang bersesuai dengan kulit wajah anda.

3. Mengambil suplemen
Pengambilan suplemen juga penting kerana ia dapat membantu menambah keperluan nutrisi yang tidak dapat dihasilkan oleh makanan harian kita. Anda boleh mengambil suplemen seperti Vitamin E, B Complex, Vita-C dan ESP. Boleh juga mengambil Collagen untuk kesan lebih optimum

Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai suplemen ini, boleh hubungi Dilla




Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Tuesday, 16 December 2014

Bersyukurlah

Assalammualaikum semua.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Itu lebih berharga dan Allah akan tambah lagi rezeki kita. InsyaAllah



Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Monday, 15 December 2014

Renungan bersama

Assalammualaikum semua...Ingatlah kalimah ini selalu

 

Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Monday, 8 December 2014

Petua Bisnes Donald Trump

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan lebih dirahmati Allah. Dilla nak share pada semua Petua Bisnes Donald Trump. Semoga ia memberi manfaat kepada kawan-kawan yang sedang membuat bisnes dan memberi semangat kepada yang ingin memulakan perniagaan. Setiap kejayaan pasti perlukan pengorbanan kan. Jom sama-sama kita amalkan perkara yang baik agar impian dan cita-cita menjadi kenyataan. InsyaAllah



dan






Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Sharing is caring. All the best






Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH





Friday, 5 December 2014

Renungkanlah dan Bersyukurlah

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Kita sering fikir sesuatu yang tiada atau hilang, sehingga kita lupa bersyukur dengan apa yang kita ada terutama yang ada di depan mata. Nikmat Allah sangat luas, besar dan pelbagai bentuk. Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat mata, telinga, kaki, tangan, mulut yang diberi Allah ini?? Ciptaan Allah sungguh sempurna dan mempunyai fungsi tersendiri.

Renung-renungkanlah dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun ia kecil. 

Jangan Bersedih #1

 
Mama QD
sms/whatsapp 019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH
 

Monday, 1 December 2014

Saya bahagia bila......

Assalammualaikum semua

Di mana kunci kebahagian anda? 

kebahagian saya Mama QD

Saya bahagia bila BEBAS DARI MASALAH KEWANGAN (sedang menuju ke arah itu) dan bila orang yang saya sayang turut bahagia. Bahagialah bersama yang tersayang dan buatlah PILIHAN yang terbaik

Mama QD

Sunday, 30 November 2014

7 Bacaan Pembuka Rezeki

Rezeki adalah milik Allah. Manusia adalah asbab. Rezeki Allah luas dan datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Mungkin terus kepada kita, ataupun mungkin datang kepada anak, suami, ibu bapa atau keluarga kita. Kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia juga adalah rezeki Allah. Dilla kongsikan kepada semua 7 Bacaan pembuka rezeki yang boleh kita amalkan setiap hari dalam kehidupan ini. Selamat Beramal


Jom Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Friday, 28 November 2014

Tips Kurus-Madu membantu diet anda

Madu adalah bahan semulajadi. Rasanya yang manis dan sedap penuh dengan pelbagai khasiat. Ia salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Madu boleh dijadikan sebagai penganti gula dalam makanan dan minuman kita. Madu juga sangat baik sebagai alternatif menjaga lingkaran pinggang dan juga membantu diet anda. Jom Dilla kongsi tips kurus bagaimana madu membantu diet anda.


MADU DAN LEMON




Minum segelas air lemon bersama dengan madu setiap pagi. Ia membantu meningkatkan metabolisme badan dan memberi kesegaran kepada anda di waktu pagi. Ia juga berfungsi sebagai detoks untuk dalaman badan anda.


MADU DAN KAYU MANIS

Campuran air kayu manis bersama madu sangat disarankan untuk anda yang sedang berdiet dan ingin hidup lebih sihat. Ia membantu meningkatkan sistem metabolisme badan dan menyihatkan badan.
 

TEH MADU


Minuman teh bersama madu membuatkan anda rasa tenang dan nyaman. Rasanya yang lebih sedap jika dibandingkan dengan rasa gula yang biasa anda letak. Cubalah. 
 

MADU DAN HALIA

 


Kombinasi madu dan halia membantu sistem penghadaman badan lebih baik dan sihat. Ia juga sebagai anti bakteria dan menghalang virus kuman merebak ke seluruh badan. Rasanya menghangatkan tubuh anda.
 

SUSU MADU


Madu juga boleh dicampurkan ke dalam susu kegemaran anda. Rasanya akan lebih sedap dan tidaklah mengganggu diet anda.


Anda juga digalakkan minum air madu selepas makan bagi membantu melancarkan sistem penghadaman dan membantu program diet anda. Mulai hari ini jom kita gantikan gula kepada madu supaya hidup lebih sihat.
 
sumber: majalah rapi Oktober 2013

Dilla aka Mama QD
sms/whatsapp 019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com






Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Thursday, 20 November 2014

Tips untuk mendapatkan anak

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Pagi ini Dilla nak kongsikan Tips untuk mendapatkan anak. Ia perlu dilakukan oleh suami dan juga isteri. Sama-sama ikut tips ini, InsyaAllah dengan izin Allah, anda dikurniakan cahaya mata yang sangat comel.

Tips untuk mendapatkan anak:-

1) Turunkan berat badan anda ke berat yang ideal atau normal.
2) Jangan berputus asa terus berdoa kepada Allah kerana Allah lah yang memberi rezeki anak itu. Kita hanya berusaha dengan bersungguh-sungguh
3) Kurangkan mengambil gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan
4) Jauhkan dari minum soft drink dan jus dalam botol/ kotak. Buatlah jus sendiri itu lebih berkhasiat
5) Makan lebih sayuran hijau dan buah-buahan segar
6) Jauhkan makanan segera dan makanan sejuk beku
7) Bersenam 2/3 kali seminggu
8) Mengambil makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi seperti Multivitamin, Folik Asid, Vitamin E dan Zinc

kredit :DHA

Dilla cadangkan anda cuba SET KESUBURAN ini. Nak tahu kebaikannya, BACA SINI







Ramai pasangan dah cuba dan dengan izin Allah mereka dikurniakan zuriat. Yang penting kita berusaha, konsisten, berdoa dan berserah kepada Allah.
 
Master 2B Dilla
sms/whatsapp 019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Friday, 14 November 2014

Bonus Shaklee

Assalammualaikum semua dan Salam Jumaat

Hari ini Dilla nak share pasal Bonus Shaklee sebab hari ini 14 hb. Selalunya semua Shaklee Independent Distributor (SID) yang berdaftar dengan Shaklee apabila tengah bulan mereka akan update status di facebook, Instagram, twitter, page atau blog masing-masing tentang Bonus Shaklee atau dengan erti kata lain mereka sebut hari raya. Seronok kan. 

Bonus Shaklee ni bermula dari 2 angka dan tiada limit bonus tersebut. Semuanya bergantung kepada kita dan usaha yang kita lakukan. Ada orang tu baru bulan pertama join dah merasa Bonus Shaklee 4 angka dan naik Rank Pertama (Supervisor). Bisnes Shaklee ni memang seronok, kita bukan sahaja dapat bonus bulanan tapi setiap kali kita naik Rank akan ada Reward Cash bergantung kepada Rank. Selain itu, Shaklee beri Car Bonus (yang ni Shaklee bagi Cash kita boleh pilih kita nak beli kereta apa atau boleh guna duit itu untuk apa saja kesukaan kita).

Mentor-mentor Shaklee selalu berpesan selepas terima Bonus jangan lupa tanggungjawab dan beri kepada yang memerlukan. Zakat, infaq dan sedekah jangan lupa. Begitu juga dengan ibu bapa, keluarga dan diri sendiri.

Banyak lagi Bonus yang kita boleh perolehi apabila mendaftar sebagai SID. Kalau nak tahu lanjut, meh hubungi Dilla kita sembang-sembang


Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Thursday, 13 November 2014

Pengorbanan itu penting



Nak dapatkan sesuatu perlu korbankan sesuatu. Setiap pengorbanan akan berbaloi jika dilakaukan bersungguh-sungguh
 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Tuesday, 7 October 2014

Bengkak susu @ Mastisis

Penyusuan bayi dengan susu ibu adalah satu pengalaman yang sangat indah. Namun ada kalanya berlaku pengalaman buruk bagi ibu seperti bengkak susu atau dikenali sebagai Mastisis. Bengkak susu adalah perkara semulajadi berlaku kerana banyak susu dihasilkan. Bagaimanapun pembengkakan boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat segera. Ibu perlu segera pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Jika ia berulang, minta doktor periksa tekak anak anda kerana takut ada jangkitan yang boleh menjangkiti payudara ibu.

 

Tanda-tanda bengkak susu
* Tanda merah pada payudara
* Payudara rasa bengkak dan sakit
* Simptom selsema, demam dan sakit urat

Apa yang boleh anda lakukan
* Teruskan menyusu
* Susukan anak sekerap munkin
* Susukan anak pada payudara yang bengkak dahulu
* Rangsang aliran susu dengan bersenam (lebih kepada bahagian tangan)

Jika dalam tempoh 12 jam bengkak susu masih ada, segeralah berjumpa doktor. Doktor akan memberikan anda antibiotik yang selamat untuk ibu menyusu.
 
credit: Koleksi Pa&Ma

Promosi Berganda Shaklee Oktober 2014

Assalammualaikum semua dan Salam Zulhijjah

Dilla nak beritahu pada semua Promosi Shaklee bulan Oktober. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang masih belum tahu. Okeylah Dilla beritahu. Buat pertama kali Shaklee mengadakan Promosi Berganda yang mana ia bermula bulan September lalu. Tapi bulan Oktober promosi berganda Shaklee adalah ESP BELI 6 PERCUMA 1 dan MEAL SHAKES BELI 3 PERCUMA 1.

Meal Shakes

Nak tahu kebaikan meal shakes lebih lanjut, BACA NIE

Membeli sambil Menderma

 

dan


ESP (Energizing Soy Protein)

Baca kebaikan ESP DI SINI
Sesuai untuk seisi keluarga. Lagi sedap boleh tambah Performance Drink jadilah 3 Mighty Gem. Sedap.

Nak cuba, boleh hubungi Dilla
019-727 0181 (sms/whatsapp)



Monday, 6 October 2014

Jangan cepat putus asa



Kuatkan semangat dan terus berusaha. Percaya sebelum berjaya

Sunday, 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalammualaikum semua.

Dilla nak ucapkan kepada semua umat Islam di dunia ini, 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Apa jua pengorbanan yang kita lakukan, lakukanlah dengan ikhlas dan kerana Allah. Janji Allah itu pasti dan Allah beri yang terbaik kepada yang memohon kepadaNya. Semoga hidup kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. InsyaAllah

Wednesday, 1 October 2014

Vision Board

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Alhamdulillah Dilla masih lagi berpeluang sharing dan menulis di sini. Hari ini Dilla nak share Vision Board Dilla kepada semua rakan-rakan. Inilah vision board Dilla. Semoga rakan-rakan semua sudi mendoakan supaya semua impian Dilla tercapai. Amin
 



Impian paling utama Dilla nak sponsor Abah Dilla pergi Umrah dan Haji. Kebanyakannya lebih kepada membahagiakan keluarga. Semoga Allah permudahkan dan memberi Dilla kekuatan dan semangat yang kuat untuk merealisasikan impian tersebut. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga

Lakukan SEKARANG

Assalammualaikum. 

Tulislah impian dan buat perancangan. Lakukan sehingga impian tersebut menjadi kenyataan. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal (DUIT). Ingatlah Allah ada bersama kita


Tuesday, 30 September 2014

Apa kata mereka selepas ambil Vivix

Biarlah hanya gambar yang berbicara. Mari kita lihat apa kata mereka selepas ambil Vivix

Testimoni1..untuk Abah





Testimoni 2...untuk suami merokok

 

Testimoni 3...untuk kecantikan



Konsultasi percuma. Sehari hanya sesudu teh dan boleh dijadikan masker. Nak cuba hubungi saya

Dilla
Kaya dan Berjaya
019-727 0181

Cinta

Apa yang anda suka??? 



Lakukan dengan rasa cinta dan semangat yang mendalam. Gembiralah selalu




Monday, 29 September 2014

Cantik Cara Tradisional

Semua ingin kelihatan cantik. Ada yang mengunakan produk-produk terkini di pasaran dan tidak kurang ada juga yang masih menggunakan cara tradisional. Cantik cara tradisional lebih selamat, tiada kesan sampingan dan mudah didapati. Jom lihat bagaimana cantik cara tradisional itu.

Tomato
Tomato boleh dikisar halus dan disapukan ke wajah. Biar selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan lebih halus dan segar



Putih telur
Ambil putih telur dan dijadikan masker pada wajah. Ia sangat bagus untuk melembutkan kulit dan mengecilkan pori-pori di wajah. Jika tidak mahu berbau campurkan sedikit madu
 








Daun Aloe Vera
Ia lebih dikenali sebagai daun lidah buaya. Kebanyakan produk masa kini ada campuran aloe vera sebagai  bahan utama. Lebih baik menggunakan aloe vera yang asli kerana kesan lebih optimum. Selepas penggunaan kulit lebih lembap dan menyegarkan
 





Air Basuhan Beras
Selepas mencuci beras jangan dibuang airnya. Basuh muka setiap hari dengan air basuhan beras ini. Kulit akan lebih bersih dan tiada lagi kulit kusam. cubalah.
 

picture credit google

Sharing is Caring

Ramuan dalam Vivix Shaklee

Setiap hari sel anda diserang dengan tekanan, diet tidak seimbang dan toksin alam sekitar. Lindungilah sel-sel tubuh anda secara semulajadi dengan Vivix. Vivix adalah minuman baik untuk antioksidan dan antipenuaan. Ia mengandungi campuran unik botani Plygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, Elderberry dan Purple Carrot



picture credit Google

Selain antioksidan dan awet muda, Vivix juga membantu memperbaiki sel-sel tubuh kita, meningkatkan sistem imunisasi, anti kanser dan memberi kesihatan yang optimum kepada tubuh badan

Konsultasi percuma dari saya

Dilla
Kaya dan berjaya
019-727 0181 

Alhamdulillah

Assalammualaikum...Sentiasalah bersyukur dan ucap Alhamdulillah. Rezeki Allah bermacam bentuk dan pelbagai cara kita perolehi.


Sunday, 28 September 2014

Qistina selepas ambil Meal Shakes

Assalammualaikum. Alhamdulillah. Hari ini Dilla nak share pada semua perubahan Qistina selepas ambil Meal Shakes. Meal Shakes ini rasanya sangat sedap. Rasa vanilla yang lazat dan boleh dicampur ke dalam susu dan minuman kegemaran anak-anak. Sehari hanya satu sudu kecil. Satu canister boleh tahan 2 bulan tau. Sangat berbaloi melaburkan wang untuk si manja kita. Lagi-lagi jika beli masa promosi, boleh jimat banyak. Bukan itu saje, ibu, ayah, datuk dan nenek juga boleh minum bersama. Inilah anak sulung Dilla, sekarang berumur 6 tahun.








Gambar kiri sebelum ambil Meal Shakes dan Gambar kanan selepas ambil Meal Shakes


Perubahan yang amat ketara Qistina selepas ambil Meal Shakes ialah selera makannya. Sebelum ni nak makan susah sangat dan terlalu memilih. Sekarang Alhamdulillah selera bertambah. Kesihatan Qistina juga bertambah baik. Jika sebelum ni dia kerap selsema dan batuk, sekarang tidak lagi. Semuanya dengan izin Allah. Dilla cuma mahu yang terbaik untuk Qistina. Anak adalah rezeki Allah dan jangan terlalu berkira dengan anak jika mahu yang terbaik dari anak.

Meh lihat apa kebaikan Meal Shakes ni kepada kanak-kanak:-
1) Sarapan berkhasiat untuk si manja
2) Sumber multivitamin lengkap dan protein terbaik
3) Kaya dengan kalsium dan rendah glisemik indeks
4) Menambah selera makan
5) Mengatasi masalah sembelit
6) Meningkatkan sistem imunisasi anak
7) Memberikan tenaga dan anak kekal sihat serta kuat

Masih belum terlambat untuk dapatkan Meal Shakes dalam bulan promosi ini. Hubungi Dilla untuk maklumat lanjut




Dilla
Kaya dan Berjaya
019-727 0181

Tips semasa beri anak makan

Dilla nak kongsi Tips semasa beri anak makan. Jangan sesekali ibu lakukan ini kerana ia boleh mengganggu selera makan si manja






Jangan

1) Beri makan secara paksa
Ia akan membuat anak makan terlalu banyak dan cepat dalam masa yang singkat

2) Marah
Memarahi atau mengancam anak semasa makan menyebabkan mereka rasa takut bila tiba masa makan. Ini akan membuatkan mereka makan dengan terpaksa dan tidak akan suka apa yang mereka makan

3) Mengkritik
Komen negatif terhadap makanan yang dihidangkan di hadapan anak akan membuatkan mereka tidak suka makanan tersebut. Makanlah walau rasanya kurang sedap

Makan bersama anak dan beri anak makanan kegemarannya. Jika nak sesuatu yang menarik, buat hiasan mengikut kesukaan mereka. Makanlah dengan gembira


Selamat Pagi

Assalammualaikum


Wednesday, 24 September 2014

Detoks tubuh cara semulajadi

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah berjumpa kembali. Hari ini Dilla nak kongsikan Tips detoks tubuh cara semulajadi. Macam mana tu? Sebelum tu tahukah anda kenapa proses detoks ini perlu untuk tubuh kita? Proses detoks ini penting kerana ia boleh menyingkirkan toksin berlebihan dalam tubuh badan kita. Toksin berpunca daripada bahan kimia yang terkumpul berasal dari racun pestisid, udara yang dicemari asap rokok dan kenderaan serta persekitaran hidup yang tidak sihat. Toksin yang berlebihan di dalam badan akan mengundang bahaya dan mendatangkan pelbagai penyakit, Sebab itu proses detoksifikasi amat penting.

Anda boleh ikuti detoks cara semulajadi ini sendiri iaitu
1) Minum air dalam jumlah yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari
2) Kurangkan pengambilan bahan kimia seperti ubat-ubatan. ia memberi impak kepada hati anda
3) Hadkan minuman berkafein.
4) Bersenam secara berkala setiap hari atau melakukan aktiviti mengemas rumah. Toksin dapat dikeluarkan melalui peluh.
5) Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi
6) Jadikan buah-buahan dan kekacang sebagai snek harian anda


sumber:Pa&Ma September 2012

Selamat mencuba

Dilla
Kaya dan Berjaya
 

Tuesday, 23 September 2014

Testimoni Dilla selepas ambil Shaklee

Assalammualaikum semua

Hari ni Dilla nak share testimoni sendiri selepas menggunakan produk Shaklee. Tujuan utama nak menyusukan anak dan badan lebih sihat. Tak sangka dapat Bonus, berat badan turun. Patut Dilla rasa badan sekarang lebih ringan. Cuba lihat ni berat sebelum dan selepas

Berat sebelum 57.4 kg (14/7/14)





dan

Berat selepas 52 kg


Berat badan Dilla turun 5.4 kg selepas 2 bulan. Dilla ni berat susah sikit nak turun tapi naik bukan main senang je. Alhamdulillah Shaklee banyak membantu dengan izin Allah. Dilla cuma amik set asas menyusu je. Sekarang tengah konsisten nak amik Omega Guard untuk turunkan kolestrol dan buang lemak tu. Tinggi gak kan bacaan tu. Ini set yang Dilla ambil



Jika kawan-kawan nak cuba produk Shaklee dan inginkan konsultasi percuma dari Dilla boleh je cari Dilla di Facebook atau Page Dilla (Kecantikan Terindah)

Dilla
Kaya dan Berjaya
019-727 0181 (sms/whatsapp)

Friday, 19 September 2014

Kurus dengan Set Kurus

Kurus...Siapa yang tak nak kuruskan. Tapi janganlah sebab nak kurus kita berdiet yang terlampau sehingga membahayakan kesihatan. Jika kita tidak makan dengan cara yang betul, metabolisme badan akan menurun dan membuatkan selera makan lebih bertambah jika kita berhenti berdiet. Sebab itu kita perlu ambil sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam dengan cara yang betul. jangan sesekali tinggalkan waktu makan kerana ingin kurus. Makanlah mengikut masa dan dengan makanan yang seimbang.

Dilla nak kongsi kepada semua bagaimana kurus dengan Set Kurus Shaklee. Shaklee adalah makanan tambahan untuk membantu melengkapkan nutrien yang kurang dan mambantu badan lebih sihat agar proses penurunan berat badan lebih mudah. Ia mengamalkan 3 konsep iaitu Bakar, Buang dan Bina. Mari kita lihat set tersebut dan fungsinya.









Bakar...Lecithin @ Omega Guard

Lecithin  *Menolong pengeluaran lemak dari sel
             *Mengurangkan kolestrol dalam badan
             *Menggalakkan fungsi optimum otak
             *Menolong mengurangkan berat badan

Omega Guard  *Menggalakkan perkembangan otak untuk orang dewasa dan kanak-kanak
                      *Mengurangkan radang sendi
                      *Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
                      *Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus
                      *Mengandungi DHA untuk membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung


Buang... Alfalfa & Herb-Lax

Alfalfa  *Kaya dengan nutrisi dan mineral
           *Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
           *Mengurangkan toksin dan merendahkan kolestrol   
           *Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
(Individu yang menghidap penyakit SLE perlu meminta nasihat doktor)

Herb-Lax   *Mencuci dan membersihkan sistem usus
                *Mengelakkan sembelit
                *Mengurangkan jeragat
                *Mengurangkan bau badan

Bina... ESP @ Cinch Shake Mix

ESP   *Mengoptimumkan penyerapan vitamin lain
          *Membekalkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama
          *Kesihatan kulit, kuku, rambut dan otot bertambah baik
          *Sumber protein terbaik kerana rendah lemak dan kolestrol dan glisemik yang rendah
          *Membantu mengurangkan gastrik dan pedih ulu hati


Cinch Shake Mix   *Terdapat dalam 3 perisa iaitu Vanilla, Cafe Latte dan Coklat
                            *Mengekalkan otot dari mengeleber selepas berat badan turun
                            *Cepat membantu mengurangkan lemak
                            *Mengurangkan selera makan 
                            *Minuman pengurusan berat badan yang berkesan
 

Boleh tambah Cinch Energy Tea


Cinch Energy Tea  *Perangsang tenaga yang semulajadi dan selamat
                            *Membantu meningkatkan metabolisme
                            *Pilihan alternatif sebagai penganti kopi dan snek bergula


Konsultasi percuma diberikan kepada customer Dilla. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi

Dilla
019-727 0181 (sms/whatsapp)

Follow Me