Friday, 28 March 2014

Anda boleh berjaya dalam penyusuan ibu.. sekiranya

Bagi ibu yang menyusu, untuk anda terus dalam medan perjuangan pastikan :

1. Anda sentiasa menyusukan si kecil secara langsung atau lakukan sesi perahan yang konsisten ( tidak lebih 3 jam untuk satu sesi ke sesi berikutnya demi memastikan hormon prolaktin akan terus dirembeskan).

2. Pastikan badan kita mendapat cukup khasiat dari pemakanan harian. Maka jangan sesekali SKIP meals, ini akan membantutkan penghasilan susuibu.

3. Pastikan badan mempunyai cukup bendalir...maka pengambilan air adalah salah satu faktor yang membantu dalam kelancaran penghasilan susuibu.

4. Cuba kurangkan minuman yang sejuk, yang berkafien kerana ia akan mengganggu penghasilan susuibu dalam jangka panjang.

5. Booster setiap badan si ibu tidak sama, biasanya makanan atau minuman kegemaran yang boleh membuatkan ibu gembira akan meningkatkan penghasilan hormon oksitosin dan susu akan lebih mudah dihasilkan.

6. Si ibu perlu tahu mengawal apa jua atau sebarang bentuk tekanan. Tekanan boleh mengganggu kelancaran penghasilan susuibu.

7. Pengambilan vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan demi memastikan ibu terus sihat dan anak membesar dengan baik.

8. Banyakkan berzikir, solat sunat serta amalan2 murah rezeki seperti bersedekah....
 

0 comments:

Follow Me