Monday, 30 June 2014

BERSENAM



Setiap individu perlu bersenam secara tetap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap sesi. Ia akan membantu meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah ; mengurangkan tekanan mental ; membina stamina dan kekuatan fizikal ; serta membantu mengawal berat badan.


Bersenam bersama keluarga dan kawan-kawan lebih menyeronokkan dari bersendirian. Terdapat pelbagai senaman yang boleh dilakukan bersama seperti berjogging, berbasikal, berenang ataupun bermain badminton. Pilihlah permainan yang anda gemari supaya boleh dilakukan secara konsisten.



0 comments:

Follow Me