Wednesday, 24 September 2014

Detoks tubuh cara semulajadi

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah berjumpa kembali. Hari ini Dilla nak kongsikan Tips detoks tubuh cara semulajadi. Macam mana tu? Sebelum tu tahukah anda kenapa proses detoks ini perlu untuk tubuh kita? Proses detoks ini penting kerana ia boleh menyingkirkan toksin berlebihan dalam tubuh badan kita. Toksin berpunca daripada bahan kimia yang terkumpul berasal dari racun pestisid, udara yang dicemari asap rokok dan kenderaan serta persekitaran hidup yang tidak sihat. Toksin yang berlebihan di dalam badan akan mengundang bahaya dan mendatangkan pelbagai penyakit, Sebab itu proses detoksifikasi amat penting.

Anda boleh ikuti detoks cara semulajadi ini sendiri iaitu
1) Minum air dalam jumlah yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari
2) Kurangkan pengambilan bahan kimia seperti ubat-ubatan. ia memberi impak kepada hati anda
3) Hadkan minuman berkafein.
4) Bersenam secara berkala setiap hari atau melakukan aktiviti mengemas rumah. Toksin dapat dikeluarkan melalui peluh.
5) Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi
6) Jadikan buah-buahan dan kekacang sebagai snek harian anda


sumber:Pa&Ma September 2012

Selamat mencuba

Dilla
Kaya dan Berjaya
 

1 comments:

Mia Kassim said...

Tips yg menarik....tp yg kafein tu susah sikit sebab peminat teh dan coffee ..hehe

Follow Me