Sunday, 28 September 2014

Tips semasa beri anak makan

Dilla nak kongsi Tips semasa beri anak makan. Jangan sesekali ibu lakukan ini kerana ia boleh mengganggu selera makan si manja






Jangan

1) Beri makan secara paksa
Ia akan membuat anak makan terlalu banyak dan cepat dalam masa yang singkat

2) Marah
Memarahi atau mengancam anak semasa makan menyebabkan mereka rasa takut bila tiba masa makan. Ini akan membuatkan mereka makan dengan terpaksa dan tidak akan suka apa yang mereka makan

3) Mengkritik
Komen negatif terhadap makanan yang dihidangkan di hadapan anak akan membuatkan mereka tidak suka makanan tersebut. Makanlah walau rasanya kurang sedap

Makan bersama anak dan beri anak makanan kegemarannya. Jika nak sesuatu yang menarik, buat hiasan mengikut kesukaan mereka. Makanlah dengan gembira


0 comments:

Follow Me