Tuesday, 7 October 2014

Bengkak susu @ Mastisis

Penyusuan bayi dengan susu ibu adalah satu pengalaman yang sangat indah. Namun ada kalanya berlaku pengalaman buruk bagi ibu seperti bengkak susu atau dikenali sebagai Mastisis. Bengkak susu adalah perkara semulajadi berlaku kerana banyak susu dihasilkan. Bagaimanapun pembengkakan boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat segera. Ibu perlu segera pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Jika ia berulang, minta doktor periksa tekak anak anda kerana takut ada jangkitan yang boleh menjangkiti payudara ibu.

 

Tanda-tanda bengkak susu
* Tanda merah pada payudara
* Payudara rasa bengkak dan sakit
* Simptom selsema, demam dan sakit urat

Apa yang boleh anda lakukan
* Teruskan menyusu
* Susukan anak sekerap munkin
* Susukan anak pada payudara yang bengkak dahulu
* Rangsang aliran susu dengan bersenam (lebih kepada bahagian tangan)

Jika dalam tempoh 12 jam bengkak susu masih ada, segeralah berjumpa doktor. Doktor akan memberikan anda antibiotik yang selamat untuk ibu menyusu.
 
credit: Koleksi Pa&Ma

1 comments:

Siti Aisya Ibrahim said...

kite ada buat giveaway souvenirs dari Paris, jemputlah join kalau belum join lagi yer.. salam perkenalan...

GIVEAWAY BY JINDRISSKA

Follow Me