Friday, 28 November 2014

Tips Kurus-Madu membantu diet anda

Madu adalah bahan semulajadi. Rasanya yang manis dan sedap penuh dengan pelbagai khasiat. Ia salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Madu boleh dijadikan sebagai penganti gula dalam makanan dan minuman kita. Madu juga sangat baik sebagai alternatif menjaga lingkaran pinggang dan juga membantu diet anda. Jom Dilla kongsi tips kurus bagaimana madu membantu diet anda.


MADU DAN LEMON




Minum segelas air lemon bersama dengan madu setiap pagi. Ia membantu meningkatkan metabolisme badan dan memberi kesegaran kepada anda di waktu pagi. Ia juga berfungsi sebagai detoks untuk dalaman badan anda.


MADU DAN KAYU MANIS

Campuran air kayu manis bersama madu sangat disarankan untuk anda yang sedang berdiet dan ingin hidup lebih sihat. Ia membantu meningkatkan sistem metabolisme badan dan menyihatkan badan.
 

TEH MADU


Minuman teh bersama madu membuatkan anda rasa tenang dan nyaman. Rasanya yang lebih sedap jika dibandingkan dengan rasa gula yang biasa anda letak. Cubalah. 
 

MADU DAN HALIA

 


Kombinasi madu dan halia membantu sistem penghadaman badan lebih baik dan sihat. Ia juga sebagai anti bakteria dan menghalang virus kuman merebak ke seluruh badan. Rasanya menghangatkan tubuh anda.
 

SUSU MADU


Madu juga boleh dicampurkan ke dalam susu kegemaran anda. Rasanya akan lebih sedap dan tidaklah mengganggu diet anda.


Anda juga digalakkan minum air madu selepas makan bagi membantu melancarkan sistem penghadaman dan membantu program diet anda. Mulai hari ini jom kita gantikan gula kepada madu supaya hidup lebih sihat.
 
sumber: majalah rapi Oktober 2013

Dilla aka Mama QD
sms/whatsapp 019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com






Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

0 comments:

Follow Me