Wednesday, 31 December 2014

SOHO

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Hari ini 31 Disember 2014, Hari terakhir 2014. Apa yang berlaku suka duka pada 2014 jadikan ia pengalaman dan pelajaran agar menjadi lebih baik pada tahun 2015. Banyak juga azam dan impian 2014 belum tercapai, InsyaAllah Dilla akan teruskan pada tahun 2015 nanti. Semoga 2015 Dilla lebih bersemangat dan berjaya dunia akhirat.

Okeylah berbalik kepada tajuk.....SOHO adalah singkatan daripada perkataan Small Office Home Office / Single Office Home Office. Golongan wanita adalah kumpulan yang paling ramai memiliki SOHO. Ini kerana mereka bekerja dari rumah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga terutama yang memiliki anak kecil. Mereka tidak hanya duduk romah goyang kaki semata-mata, tetapi mereka memiliki pendapatan sendiri dari bekerja dari rumah, samada online ataupun offline.

Kebiasaannya SOHO perlu ada meja & kerusi, tempat penyimpanan barang/produk dan juga rak buku bacaan. Dilla masih belum ada SOHO sebegitu tetapi dalam perancangan nak memiliki SOHO tersendiri. Ini antara rekaan SOHO yang menjadi idaman Dilla. Semoga tahun 2015 ni Dilla ada SOHO tersebut. InsyaAllah



hanya single 





berdua bersama My Love

atau yang ni


berdua juga


Korang ada SOHO tak? Macam mana design SOHO tu?

Mama QD
019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

0 comments:

Follow Me