Tuesday, 29 September 2015

Resepi Tomyam Seafood

Makanan kegemaran Dilla adalah yang berkuah. Paling suka sup dan tomyam. Kalau makan camtu je pun bole tanpa nasi. Hari ni Dilla kongsi resepi macam mana nak buat sup tomyam seafood yang mudah dan cepat masak. Sesuai untuk ibu-ibu berkerja yang sibuk. Cubalah.

Sup Tomyam Seafood

Bahan-bahannya ialah :-
300 gm udang
300 gm sotong
2 batang serai
2 biji tomato (dibelah empat)
2 helai daun limau purut
5 ulas bawang besar (dihiris)
Pes tomyam secukup rasa
1 kiub pati ayam
750 ml air
Sedikit jus limau nipis

Cara-cara membuatnya :-
1) Didihkan air bersama tomato, serai, bawang besar dan daun limau purut.
2) Masukkan udang bersama pes tomyam dan kiub ayam. Kacau rata.
3) Masukkan sotong dan jus limau purut.
4) Biarkan seketika dan boleh dihidang.

Hidangan untuk 3 orang

Credit : Rapi Mac 09

Pic credit google

NURFADILAH SUARDI (SID 892145)
PENGEDAR SHAKLEE DI MELAKA
SMS/WHATSAPP 019-727 0181
INSTAGRAM : @nurfadilahsuardi 
EMAIL : fadilaz2983@gmail.com

0 comments:

Follow Me